Kerja Dan Monday Blues

Kerja Dan Monday BluesRamai tak yang selalu rasa Monday Blues ni? Kebanyakannya orang yang bekerja waktu pejabat la kan. So macam mana nak rasa semangat setiap kali nak mulakan minggu baru? Jom baca.


Pilih baju favourite
Baju favourite ni memang beri kesan yang baik pada mood korang. Bila tiba hari isnin mesti rasa lemau semacam je nak pergi kerja kan. So bila pakai baju yang korang suka secara tak langsung korang akan rasa lebih semangat dan yakin. Pergi kerja pun rasa lebih selesa.

Kena sarapan tau
Sarapan tu semestinya la penting. Apa kata ambil sarapan dengan segelas air coklat. Coklat dapat membantu mengubah mood tau. Coklat dapat meningkatkan hormon serotonin dan boleh buat korang rasa gembira, so mood malas pun hilang.

Rehatlah secukupnya
Dah nama pun hujung minggu, jadi rehatlah secukupnya. Bila korang dah penuhi aktiviti pada hari sabtu pastikan ahad dapat berehat. Dapatkan tidur yang cukup supaya bila masuk minggu baru korang rasa bertenaga dan lebih bersemangat.

Okay no more Monday Blues eh. Dah boleh create mood happy kan lepas ni? Selamat bekerja.

0 comment... add one now