Ketahui Khasiat Kurma Untuk Kesihatan

Ketahui Khasiat Kurma Untuk Kesihatan. Kurma memang banyak khasiatnya. Bukan bulan puasa je ye korang boleh makan kurma. Bagi yang mengalami masalah berkaitan usus, eloklah kalau korang amalkan makan kurma ni. Kurma kaya dengan zat besi, vitamin, fosforus dan beberapa khasiat lain.



Bagi yang ada gangguan usus, dari segi saintifiknya kurma dapat mengubati beberapa penyakit. Kurma yang dijadikan jus dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Amalkan selalu inshaallah masalah sembelit akan berkurangan. Tapi perlu diingat sesiapa yang ada diabetes tak sesuai amalkan jus kurma ni ye.

Selain tu, kandungan gula dalam buah kurma dapat membantu mengurangkan masalah batuk. Jus kurma dapat menghilangkan rasa gatal-gatal pada kerongkong. Jadi masalah batuk dapat diatasi. Bagi yang ada masalah batuk yang berpanjangan mungkin boleh cuba minum jus kurma lepas ni.

Kurma juga dikatakan bertindak sebagai penawar racun dan menghilangkan kesan mabuk. Ini kerana kurma juga dapat menggantikan penggunaan madu dan gula. Disamping tu bagi wanita yang hamil, jus kurma sangat bagus kerana kandungan zat besi dan kalsiumnya yang tinggi.

Jadi jangan pandang remeh pada khasiat buah-buahan ye. Setiap tumbuhan semulajadi tu ada kebaikannya untuk merawat penyakit dan meningkatkan taraf kesihatan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketahui Khasiat Kurma Untuk Kesihatan"

Post a Comment