Ketahui Khasiat Yang Ada Pada Timun

Ketahui Khasiat Yang Ada Pada TimunBanyak sebenarnya kebaikan dan khasiat timun. Tapi ramai tak yang gunakan khasiat timun ni dalam kehidupan seharian?


Timun bagus untuk mata tau. Kalau mata bengkak dan letih, tekapkan timun yang dah dipotong. Biarkan selama beberapa minit, insyaallah bengkak akan berkurangan.

Kandungan air yang tinggi dalam timun juga bagus untuk kulit. Jadikan timun sebagai masker untuk mengatasi masalah ketegangan kulit. Kulit juga akan rasa lebih sejuk dan segar.

Dalam diet, timun juga mainkan peranan penting. Kandungan air di dalam timun akan mengelakkan daripada masalah sembelit dan membantu proses penghadaman.

Timun mengandungi silikon dan sulfur. Jadi ia akan membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat.

Disebabkan timun adalah serat yang baik jadi ia bagus untuk gigi dan gusi. Jadi siapa yang ada masalah gigi dan gusi tu rajin-rajinlah makan timun ye.

Amalkan makan timun dalam kehidupan seharian korang. Banyak kebaikannya untuk kesihatan tau. Makan mentah buat ulam pun sedap. Sambil-sambil makan tu pun boleh sihat.

0 comment... add one now