MAJLIS KHATAM AL-QURAN MOHON KEBERKATAN PERKAHWINAN DIRAJA

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MOHON KEBERKATAN PERKAHWINAN DIRAJASatu Majlis Khatam al-Quran berlangsung di Istana Bukit Serene hari ini (13 Ogos) sempena Istiadat Perkahwinan DiRaja YAM Tunku Tun Aminah dan Encik Dennis Muhammad Abdullah esok.

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan menghadiri majlis yang diadakan secara sederhana itu.

Hadir sama adalah KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar dan Kerabat DiRaja Perak, serta isteri-isteri pegawai daerah Johor.

Tunku Tun Aminah memperdengarkan bacaan surah lazim diikuti tetamu yang lain dan diakhiri dengan doa yang dibacakan oleh guru agama Tunku Tun Aminah, Ustazah Hajah Raimah Binti Kemat.

Sc : royalpressoffice

Klik Pada Gambar Untuk Paparan yang Lebih JELAS

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MAJLIS KHATAM AL-QURAN MOHON KEBERKATAN PERKAHWINAN DIRAJA"

Post a Comment