Manfaat Lada Hitam Untuk Kesihatan

Manfaat Lada Hitam Untuk KesihatanLada hitam bukan saja digunakan dalam masakan. Ia dapat menambah rasa pedas dan meningkatkan selera makan kita. Jom kita tengok apa lagi manfaat lada hitam dalam kehidupan seharian.


Lada hitam yang ditumbuk sangat bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. Khasiat ni terdapat pada kulit lada hitam tu sendiri. Jadi siapa yang berdiet sangat sesuai makan lada hitam ni.

Seperti yang kita tahu, pengambilan makanan yang tinggi garam akan menyebabkan berlakunya lebihan air dalam badan. Jadi pengambilan lada hitam juga dapat membantu untuk membuang lebihan air ni. Badan akan jadi berpeluh bagi membuang toksin dalam badan.

Bagi yang mengalami selesema atau sesak nafas, lada hitam memang dapat membantu. Cuba tambahkan sikit serbuk lada hitam secawan teh suam. Ia akan menambah haba pada badan dan melegakan selesema.

Pernah tak terfikir cara nak sembuhkan luka selain gunakan antiseptik. Cuba gunakan serbuk lada hitam, taburkan serbuk ni pada luka bagi menghentikan pendarahan. Ia juga dapat membunuh kuman.

Sebenarnya banyak lagi manfaat lain yang terdapat pada lada hitam. Lada hitam dapat menghilangkan rasa kembung perut dan rasa sakit kepala. So jadikan lada hitam salah satu barang dapur yang wajib dimasukkan dalam list shopping korang okay.

0 comment... add one now