Naikkan Seri Wajah Dengan Cara Ini

Naikkan Seri Wajah Dengan Cara IniSemua wanita nak kan muka yang berseri dan bermaya kan. Kadang-kadang sanggup melabur banyak duit untuk dapatkan hasil yang terbaik. Tapi korang tau tak sebenarnya ada je cara yang mudah dan jimat untuk naikkan seri muka.


Urut Muka
Okay ni bukan urut yang kena pergi spa apa semua tu ye. Cukup sekadar pakai jari korang sendiri. Urut muka dari bawah ke atas. Sambil tunggu waktu nak mandi, apa kata korang amalkan cara ni. Sambil urut muka tu selawatlah. Ulang tiga kali. Insyaallah kulit kurang berkedut dan berseri.

Minum Air
Sebaik je bangun tidur, amalkan minum air putih. Minum air terus sebelum korang gosok gigi dan mandi ye. Minum air selepas bangun tidur dapat menaikkan seri muka dari dalam. Sebab air akan melancarkan perjalanan darah so muka korang akan lebih segar dan bermaya.

Air Kelapa
Air kelapa bukan saja untuk diminum. Ada lagi manfaat lain yang korang boleh dapat dari air kelapa. Sapukan air kelapa pada muka. Biarkan sampai kering, then baru cuci dengan air bersih. Khasiat daripada air kelapa ni adalah menaikkan seri dan dapat memudarkan parut di muka.

So mudah je kan caranya. Tak payah keluarkan banyak modal pun untuk cantik. Yang penting konsisten dan sabar. Selamat mencuba.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Naikkan Seri Wajah Dengan Cara Ini"

Post a Comment