Pemakaian Bulu Mata Palsu. Perlu Atau Tidak

Pemakaian Bulu Mata Palsu. Perlu Atau Tidak. Agak-agak perlu tak ye pakai bulu mata palsu? Terpulanglah, bergantung pada individu. Tak semua perempuan pandai untuk bersolek. Ye tak? Jom baca bila waktu yang memerlukan kita pakai bulu mata palsu ni. Ataupun, setiap perempuan perlu tahu ke cara pemakaiannya?


Apapun korang perlu tahu, pemakaian bulu mata palsu perlu lah sesuai pada tempat. Bulu mata palsu pun ada banyak jenis tau. Ada yang nampak natural, ada juga yang nampak vogue. Yang penting pakailah yang sesuai dengan majlis yang korang pergi tu.

Bagi sesetengah orang, ada yang tak selesa dengan pemakaian bulu mata palsu. Bagi mereka nak pakai pun dah rasa leceh. Mungkin sekadar pakai eyeliner dan mascara pun dah cukup.

Pemakaian bulu mata palsu bukanlah pada setiap masa. Lepas menghadiri apa-apa majlis, lebih baik biarkan mata berehat. Pemakaian bulu mata yang berterusan akan membuat mata penat dan berat.

Bagi yang suka dengan pemakaian bulu mata palsu, pastikan korang jaga juga kesihatan mata. Bagi sebilangan orang, bulu mata palsu dapat meningkatkan keyakinan diri. Apapun pastikan mata sentiasa segar walau seharian bergaya dengan bulu mata palsu tu.

Bagi yang baru nak berjinak dengan bulu mata palsu, pastikan korang pilih yang sesuai ye. Yang penting jangan terlalu mementingkan gaya sampai membebankan mata okay.

0 comment... add one now