Peraturan Baru Tinted Cermin Gelap 2018

Peraturan Baru Tinted Cermin Gelap 2018. Buat pemilik - pemilik kenderaan, sudah pastinya ada diantara kita yang ingin memasang tinted bagi cermin kereta masing - masing. Oleh yang demikian anda harus mengetahui kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan tinted cermin gelap bagi kenderaan anda. 

Menurut Utusan Malaysia bertarikh 1 Ogos 2017 dalam artikel 'Piawaian selaras cermin gelap 1 Januari 2018' menyatakan " Mulai 1 Januari tahun depan, semua kenderaan yang memasang filem penghadang haba atau cermin gelap perlu mengikut piawaian filem penghadang yang diselaraskan". 

Penyelarasan tersebut adalah mengikut piawaian Standard Malaysia iaitu MS2669 yang diiktiraf oleh Puspakom Sdn. Bhd., Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SIRIM Berhad. 

Berikut adalah kadar ketelusan cahaya cermin gelap yang dibernarkan.
Mengikut peraturan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor, JPJ menetapkan kadar VLT
  • 70 peratus (cermin depan)
  • 50 peratus (cermin sisi pemandu dan penumpang hadapan)
  • 30 peratus (cermin belakang dan sisi penumpang belakang).

Langkah ini di ambil adalah kerana faktor - faktor keselamatan. Bagi anda yang ingin mengelakkan daripada disaman, seeloknya peraturan cermin gelap 2018 ini dipatuhi. Peraturan ini adakan berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. 

Selamat Maju Jaya

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peraturan Baru Tinted Cermin Gelap 2018"

Post a Comment