Petua Untuk Ceria Dan Gembira

Petua Untuk Ceria dan Gembira. Ceriakan Hari Anda!Semua orang berhak untuk rasa bahagia. Cari cara untuk ceriakan hari-hari korang. Kita yang menentukan samada untuk rasa gembira atau sedih setiap hari. Jom tengok apa yang boleh kita buat untuk menceriakan hidup kita.


Suka berkawan
Cuba cari kawan, kenal orang baru. Kadang-kadang keluar bersantai dan gelak ketawa bersama kawan-kawan dapat membantu untuk menghilangkan stress. Cuba cari topik perbualan yang lebih relax dan positif. Lagi ramai kawan lagi banyak pengalaman kan.

Naikkan semangat diri
Setiap kali berdepan dengan masalah, cari kata-kata semangat untuk diri sendiri. Elakkan daripada mengeluh, mengeluh hanya akan menambah kekusutan dalam kepala. Bagi kata-kata semangat pada diri sendiri insyaallah korang akan terima perkara-perkara yang baik je setiap hari.

Negatif? No no no
Faktor persekitaran juga penting dalam menentukan mood korang seharian. Kalau korang ada kawan yang sentiasa berfikiran negatif, cuba jarakkan diri. Sebab kata-kata negatif ni yang akan mengganggu hari ceria korang. Kurang kan atau cuba elak daripada membaca cerita-cerita yang negatif daripada media sosial atau surat khabar. Tak salah tau jadi seorang yang memilih. Asalkan korang bahagia.

Jadi mulai hari ni korang yang tentukan hari-hari ceria korang okay. Dah jangan sedih-sedih ;)

0 comment... add one now