Punca Rambut Berbau

Rambut Berbau? Ini Puncanya.  Kebanyakan orang perempuan akan mengalami masalah rambut berbau. Lagi-lagi kalau yang berhijab. Tapi bukan semua orang mengalami masalah ni ye. Jom baca apa punca yang buat rambut korang berbau.

Tak Cuci Rambut
Ada tak antara korang yang rasa mencuci rambut tu satu perkara yang remeh? Mencuci rambut tu penting bagi mengelakkan daripada rambut berbau. Bila korang tak cuci rambut, segala kotoran dan minyak akan melekat pada kulit kepala. Semua ni akan menghasilkan bau yang kurang enak.

Rambut Sudah Cukup Kering?
Korang pasti ke rambut dah cukup kering waktu ikat rambut? Mencuci rambut tu perlu dan mengeringkan rambut juga penting, supaya rambut tidak berbau. Pastikan korang mempunyai cukup masa untuk keringkan rambut sebelum diikat atau berhijab. Jangan biar kan rambut basah ye.

Kuat Berpeluh
Bagi yang kuat berpeluh memang masalah rambut berbau ni selalu ada. Peluh yang berkumpul dikulit kepala menyebabkan kulit kepala susah untuk bernafas. Lagi-lagi kalau rambut selalu diikat.

Jadi bila korang dah tau punca rambut berbau, elakkan daripada melakukan perkara yang mendorong kearah itu. Sayangi rambut anda!

0 comment... add one now