Rambut Bercabang? Ketahui Puncanya.

Rambut Bercabang? Ketahui Puncanya. Rambut bercabang ni memang satu masalah bagi kaum wanita. Rambut bercabang adalah salah satu tanda bahawa rambut kita tak sihat. Kadang dah buntu fikir macam mana cara menjaga rambut yang baik. Jom ketahui punca-punca rambut bercabang.


Bagi yang suka mewarnakan rambut, korang tak digalakkan untuk mewarnakan rambut dengan kerap. Sebab rambut akan cenderung untuk menjadi lebih kering. Lagi-lagi jika rambut yang diwarnakan ini tak dijaga dengan baik. Rambut yang kering lebih mudah untuk bercabang.

Jangan biarkan rambut korang terdedah pada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Rambut korang akan cepat kering dan bercabang. Penggunaan pengering rambut yang kerap juga akan merosakkan rambut.

Pastikan korang menjaga rambut dengan baik. Pilih syampu dan produk penjagaan rambut yang sesuai dengan keadaan kulit kepala. Jika zat-zat yang diperlukan tidak sampai hingga ke hujung rambut, jadi rambut akan cepat rosak dan bercabang.

So jagalah rambut dengan sebaiknya. Sayangkan bila rambut panjang dan cantik tapi hujung rambut banyak bercabang. Rambut dapat meningkatkan keyakinan diri korang tau. Jadi jaga rambut dengan sebaiknya. Ikuti tips-tips yang bermanfaat untuk menyihatkan rambut korang. Jangan sambil lewa okay.

0 comment... add one now