Resepi Burger Homemade

Resepi Burger HomemadeBurger homemade ni sangat sesuai kalau korang nak bawak pergi picnic atau pada majlis jamuan. Nak buat nye mudah je dan boleh buat dalam kuantiti yang korang nak. Kalau beli dah berapa kan, buat sendiri je puas hati makan.


Bahan-bahan

- 2 keping daging burger (daging atau ayam)
- 2 keping keju
- 1 sudu kecil rempah kari
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 keping daun salad
- 2 keping tomato yang dihiris
- 2 keping bawang besar yang dipotong bulat
- 2 biji roti bulat (belah dua)

Cara-cara

- Gorengkan daging burger menggunakan non stick pan. Taburkan rempah kari dan serbuk ada hitam pada belah atas daging burger.
- Dalam 3-4 minit agak-agak bahagian bawah dah garing, terbalikkan bahagian rempah tadi ke bawah. Biarkan garing dan angkat.
- Goreng pula bawang sampai layu dan angkat.
- Untuk roti, gorengkan bahagian kulit, bahagian dalam pulak letakkan keju. Agak keju dah nampak cair tutup api dan angkat.
- Letakkan daging burger, bawang, salad,tomato dan tabur sedikit serbuk lada hitam. Kepitkan dengan sebelah lagi roti.
- Potong burger dan sediakan dengan minuman panas.

Menu ni korang boleh ubah resepi dia, ikut kesesuaian. Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Burger Homemade"

Post a Comment