Resepi Croissant Bersalad

Croissant Bersalad. Croissant ni sejenis roti ye. Kali ni kita share menu yang sihat je. Tapi still boleh kenyang tau, mana yang cuba nak berdiet boleh cuba menu baru macam ni.

Bahan-bahan

- 1 biji roti croissant
- 1 biji tomato
- 2 helai daun salad
- 50g timun jepun (potong dadu)
- 50g lobak merah (potong dadu)
- 50g lof ayam (potong dadu)
- 2 sudu makan yogurt

Cara-cara

- Campurkan bahan-bahan yang dah dipotong dadu bersama yogurt. Gaul sebati.
- Roti croissant dibelah tengah, selitkan dengan salad dan tomato yang dihiris.
- Selitkan bahan-bahan yang dah digaul tadi pada roti. Sedia untuk dihidang.

Timun jepun mempunyai kandungan air yang tinggi. Sesuai untuk mereka yang berdiet dan ingin menurunkan berat badan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Croissant Bersalad"

Post a Comment