Resepi Cucur Ikan Bilis Viral

Resepi: Cucur Ikan Bilis Viral. Bagi yang ingin membuat atau memasak cucur Ikan Bilis yang sedang Viral sekarang ni, boleh mencuba resepi cucur yang sedang viral ketika ini. resepi ini adalah hasil perkongsian Siti Hajar Nasrol. Okay Selamat mencuba



cucur ni bulat-bulat tau. jom buat...rangup diluar lembut didalam.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
Segengam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
Kucai/daun sup
lobak merah
bawang besar (dadu)
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
- Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai/sup, garam.

- Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas...buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung...lebih elok menggunakan bekas / besen yang besar...Tuangkan air panas sedikit demi sedikit...apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan....Buat bahagian demi bahagian ye (wat sikit-sikit)

- Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh....pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu...kalau menggunakan tangan kang habis la tangan korang..kan air panas tu.. hehe

- Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh

- Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng

dah siap. boleh makan dengan sos peberet korang..

tips:
- boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.. kadang2 admin letak udang,bawang garam dengan carrot je.. pon sodap..
- basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang.. kalau tangan basah, bentuk doh tu lagi cantik..
- 3 cawan tu boleh makan seisi keluarga. klau korang tingal berdua je, buat satu cawan je dah la..

p/s:
goreng dalam minyak banyak(macam goreng ayam/nugget tu), dan pastikan minyak dah panas baru masukkan cucur ni ye.. lagi satu klau korang terlebih air & tak leh nak bulatkan.. korang boleh je terus guna sudu/tangan, takyah bulatkan.. jadi montel2 jugak cucur korang nanti., lagi cepat boleh makan..haha ( sebab tu masukkan air sikit-sikit, jadi korang boleh control air tu.. kalau dah rasa boleh bulatkan,, boleh stop letak air...tapi biasa buat sukatan tu dah betul..)
ade yang bagitau dorang letak minyak untuk bulatkan doh tu supaya tak melekat.. (kami biasa guna air je.. nanti boleh try pakai minyak pulak.. terima kasih kepada yg bagitau tu ye)

resepi asal: alia umaira


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Cucur Ikan Bilis Viral"

Post a Comment