Resepi French Toast

Resepi French Toast. Menu ni memang simple sangat untuk buat sarapan. Menjimatkan masa kalau korang jenis tak cukup masa nak buat sarapan waktu pagi.


Bahan-bahan

- 4 keping roti putih
- 2 biji telur
- Sedikit mentega
- Jem strawbery
- 2 sudu kecil minyak zaitun

Cara-cara

- Sapukan mentega dan jem srawbery pada roti. Lapiskan dengan sekeping lagi roti. Potong serong roti kepada dua.
- Telur tadi dipukul hingga kembang. Celupkan roti dalam telur.
- Gorengkan roti dengan sedikit minyak zaitun. Biarkan sehingga nampak kekuningan dan garing. Siap untuk dihidang.

Korang boleh tukar jem tu mengikut citarasa korang. French toast ni selain sedap dimakan waktu sarapan, boleh juga dihidang untuk minum petang bersama teh tarik panas. Memang best!

0 comment... add one now