Resepi Laksa Atkins Fasa 1

Resepi Laksa Atkins. Siapa yang masih berdiet lagi? ada cheat - cheat tak? Okay kali ini kami ingin kongsikan kepada anda resepi diet atkins iaitu Laksa Atkins. Laksa Atkins tidak sama  dengan laksa yang biasa kita makan. Ini kerana, kelebihan Laksa Atkins lebih kepada kuahnya dan dimakan dengan apa - apa yang lulus atkins.



Sebagai Contoh resepi diet atkins ini dimakan dengan telur rebus, atau telur dadar yang dihiris2 halus seakan - akan laksa. Berikut adalah resepi ringkas Laksa Atkins yang perlu anda cuba.

Bahan - Bahan
1. 5 ekor ikan Kembung
2. 4 Keping Asam Keping
3. Sedikit Garam
4. cili boh
5. Bawang Merah (6 ulas)
6. Belacan

Cara Memasak
- Rebus 5 Ekor ikan kembung bersama 4 keping asam keping dan sedikit garam.
- Asingkan Isi dan Tulang
- Kisar isi ikan bersama air rebusan tadi dan masukkan kedalam periuk
- Kisar tulang bersama air rebusan dan Tapis, supaya tulang - tulang yang tidak hancur sepenuhnya tidak menggangu anda ketika menikmati laksa atkins ini nanti.
- Masukkan cili boh sedikit, bawang merah dan sedikit belacan (Ikut anda yang suka)
- Masukkan asam keping yang direbus tadi, 1 ikat daun kesum, 1 kuntum bunga kantan, sedikit garam dan biarkan mendidih.

Hidangkan bersama - sama telur rebus atau apa - apa yang lulus atkins oaky.. selamat berdiet

0 comment... add one now