Resepi Nasi Ayam Thai

Resepi Nasi Ayam Thai. Bagi yang berminat untuk membuat Nasi Ayam, boleh cuba satu kelainan dengan membuat Nasi Ayam Thai. Di sini kami kongsikan bahan - bahan dan cara untuk membuat nasi ayam Thai. Selamat Mencuba.

Bahan - Bahan
Halia Tua Dihiris
Bawang Putih
1 atau 2 batang akar ketumbar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
beras
segenggam beras pulut (boleh Skip)
Minyak Ayam atau minyak masak
Sup Ayam secukup

Cara
Campurkan beras dan beras pulut. Cuci hingga bersih dan toskan
Panaskan minyak masukkan halia, akar ketumbar dan bawang putih. Goreng sehingga naik aroma.
Masukkan beras dan goreng sehingga sebati
Masukkan garam halus dan gula, goreng sehingga sebati
Masukkan kedalam periuk nasi elektrik dan masukkan sup ayam yang telah dimasak tadi.
Anggaran air kurang sedikit daripada masak nasi biasa.

Resepi sup Ayam
Ayam Seekor
Halia tumbuh
Bawang Putih
Kubis/lobak putih
3 batang akar ketumbar
1sb gula
serbuk @ cuba perisa knoor/roddee
Biji lada
garam
kicap cair
Air masak secukupnya (banyak sebab nak masak nasi lagi)

Cara
Masukkan semua bahan kecuali Ayam,
kicap dan garam dalam air masak sehingga didih
masukkan ayam
masak sehingga ayam lembut
masukkan garam dan kicap mengikut rasa masing masing.

Resepi Sos Sambal
2 camca makan air limau
2 camca makan kicap air
2 camca makan sup ayam
1 camca makan taucu
2 camca makan cili padi dicincang
2 camca makan gula
1 camca makan daun ketumbar dicincang

cara
Gaulkan semua bahan sehingga sebati. rasa boleh diubah mengikut kesesuaian dan selera anda.

Kredit resepi dan gambar kepada Nur Syamimi Amir (MAHN)





Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Nasi Ayam Thai"

Post a Comment