Resepi Nasi Impit Dan Kuah Kacang

Resepi Nasi Impit Dan Kuah Kacang. Resepi Nasi Impit dan Kuah Kacang ini adalah perkongsian daripada Achikdaa Wawa Apam Polkadot di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Jadi bagi anda yang berminat untuk membuat nasi impit dan Kuah Kacang boleh berbuat demikian dengan mengikuti resepi dibawah.

Berikut adalah Cara - Caranya:-

1) Beras dibasuh terlebih dahulu kemudian toskan
2) Masukkan 3 sudu (abc) *sila rujuk gambar dibawah sudu abc kedalam plastik aiskrim malaysia
3) Kemudian cucuk plastik dgn lidi satey. ( taknak bagi terapung masa merebus )

Resepi Kuah Kacang 
Bahan - bahan:-

 - 500g - 600g serbuk kacang tanah (goreng tanpa minyak)
*Separuh kacang tanah diblend sekejap
- 1cawan gula perang @ gula melaka
- 1/2 cawan lada kering( direndam air panas dan diblend)
- 1cawan minyak (utk menumis)
- 2-3cawan air
- 5 biji bawang besar (dimayang)
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu besar garam

Cara-cara :-
1)Goreng tanpa minyak kacang tanah ... saya beli yng sudah dikisar..bile bau kacang dh sendikit harum ... biarkan sejuk..
2)Panaskan minyak masuk bawang besar dimayang tumis biar naik bau .
3)Selepas tu masukkan lada kering tlh diblend tdi ..tumis lagi
4)Masukkan gula perang dan kacang tanah tadi .. separuh dri tanah kacang saya blend sekejap .. masukan sekali air.. gula dgn garam..
5)masak sampai sendikit pekat... nanti kuah kacang bile sejuk akn pekat

Selamat mencuba


Kredit Gambar To : Wawa Apam Polkadot (MAHN)

0 comment... add one now