Resepi Salad Ayam Bersama Suhun

Resepi Salad Ayam Bersama Suhun. Bagi yang ingin mencuba sesuatu kelainan dalam membuat salad boleh menggunakan resepi Salad ayan bersama suhun ini. Selamat Mencuba



Bahan-bahan

- 100g suhun
- 1 cawan isi ayam
- 1 cawan lobak merah
- 1 cawan taugeh
- 1 biji bawang besar
- Sedikit daun pudina
- Sedikit daun ketumbar
- Beberapa batang cili merah
- 3 sudu makan jus limau
- 1 sudu kecil minyak zaitun
- Garam secukup rasa

Cara-cara

- Suhun direbus dalam air mendidih. Biarkan selama beberapa minit. Angkat dan sejukkan.
- Isi ayam direbus sehngga masak.
- Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan dan gaul. Termasuk jus limau dan garam untuk perasa. Siap dihidang.

Ayam pun boleh dibuat salad tau. Daging ayam adalah salah satu sumber protein untuk badan. Bagi yang berdiet pemilihan daging ayam bagus untuk kesihatan.

0 comment... add one now