Resepi Sardin Roll Crispy

Resepi Sardin Roll Crispy. Bagi yang ingin membuat Sardin roll crispy yang sedap dan enak, disini kami kongsikan resepi Sardin Roll Crispy. Selamat Mencuba. Mesti sedap ni.

Resepi Sardin Roll Crispy

Bahan Bahan

  • 1 tin Ikan sardin, tumis degan minyak sikit, letak cili kering kisar, masuk garam dan air asam, kalau nak pedas lagi potong cili padi atau bawang besar.. masak sampai kering untuk jadikan inti 
  • 1 bungkus roti sandwich.. potong buang tepi canai bagi nipis sikit roti tu
  • 1 mangkuk serbuk roti( guna yang warna oren) 
  • 1/2 cawan tepung gandum bancuh macam nak buat tepung goreng pisang..  tak pekat sangat, tak cair sangat
  • minyak untuk mengoreng


Cara - Cara

  • ambik sekeping roti yg di canai nipis tadi, masukkan inti kat tengah.. gulung
  • tekan rapat2 hujung antara ke dua roti tu..tujuan taknak bagi adunan tepung masuk dalam inti
  • celup dalam tepung.. baru masuk ke dalam serbuk roti 
  • golek atas serbuk roti.. buat banyak - banyak lepastu baru goreng 
  • pastikan minyak betul - betul panas baru goreng.. kalau minyak tak panas nanti roti akan serap minyak
Resepi dan Gambar Perkongsian Zaimah Zakaria di FB MAHR

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Sardin Roll Crispy "

Post a Comment