Resepi Sup Ikan Haruan Untuk Ibu Berpantang Pun Boleh

Sup Ikan Haruan. Resepi Sup Ikan Haruan Untuk Ibu Berpantang Pun Boleh. Selain goreng dan bakar, ikan haruan juga sedap dibuat sup. Menu ni sesuai bagi wanita yang berpantang. Jom tengok resipi.



Bahan-bahan

- 1 ekor ikan haruan(dibersihkan dan dipotong)
- 2 tangkai daun sup
- 2 tangkai daun bawang
- 1 bungkus sup bunjut
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- 2 keping asam gelugor
- 2 inci halia
- 2 cawan air
- Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
- 2 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu kecil ketumbar
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah

Cara-cara

- Daun sup dan daun bawang dihiris. Halia diketuk.
- Semua bahan dicampur sekali dengan bahan tumbuk, kecuali daun bawang dan daun sup tadi ye. Campurkan dalam periuk kecil.
- Renehkan hingga masak. Taburkan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Ikan haruan baik untuk mengubati luka selepas bersalin. So cubalah resipi ni okay.

0 comment... add one now