Resepi Teh Ais Dhaka Yang Viral

Resepi Teh Ais Dhaka. Teh Ais Dhaka sememangnya menjadi Viral pada masa kini, berikut keenakkan dan keunikan rasa Teh Ais tersebut, ramai yang mengambil peluang mencuba dan membuat sendiri Teh Ais Dhaka.


Teh Ais Dhaka, Teh Ais Bangladesh atau teh cincai bangla ini sememangnya menjadi kegemaran ramai orang. bagi mereka yang ingin berniaga atau membuat untuk jamuan ataupun minum petang. Disini kami kongsikan cara - cara membuat Teh Ais Dhaka yang viral ini.

Jom cuba, resipi dah tersedia. Apa lagi!

Bahan-bahan:
Teh serbuk - ikut sukatan air banyak mana
Susu full cream - tambah air supaya tidak pekat sangat, juga secukup rasa
Gula-ikut citarasa
2 biji buah pelaga/kayu manis/cengkih (opsyenal)

Cara-caranya:
1. Panaskan air dalam periuk.Masukkan semua bahan.
2. Jaga kebesaran api jangan terlalu besar nanti teh boleh melimpah keluar.
3. Sukatan susu pula bergantung berapa orang yang minum, pastikan ia secukup rasa.
4. Dah berbuih mendidih, warna pun dah cantik, sudah boleh tuang dan minum panas-panas. Memang terangkat. Anda juga boleh tambahkan ais dan cincau bagi yang gemar minum sejuk dan bercincau.

Selamat Mencuba.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Teh Ais Dhaka Yang Viral"

Post a Comment