Resepi Tiramisu Express

Resepi Tiramisu ExpressSiapa sini suka makan tiramisu kita geng. Rasa cheese yang lemak-lemak dengan rasa koko tu memang rasa nikmat sangat. Lagi-lagi kalau tengah stress dapat pulak makanan manis rasa bahagia je kan. Okay jom try buat sendiri.

Bahan-bahan Resepi

- Sebiji kek span
- Serbuk koko
- 150 g cream cheese
- 50 g gula halus
- 150 g whipping cream
- Bekas untuk tiramisu. (tupperware petak pun boleh)
- 1 sudu makan serbuk kopi
- 1 cawan air panas

Cara-cara

- Potong kek span ikut saiz bekas yang korang ada tu. Potong jangan nipis sangat nanti tak rasa pulak kek nya. Potong ni tak kisah la korang nak potong macam mana pun sebab nanti kek tu nak lapis-lapiskan dengan cream cheese.

- Okay Cream cheese tadi korang putar sekali dengan gula halus dan whipping cream. Tapi gula ni ikut lah tahap kemanisan yang korang nak. Sebab tekak orang lain-lain kan. Kalau rasa kurang manis boleh tambah gula lagi. Cream cheese ni pun agak-agaklah dengan saiz bekas yang korang guna tu. Kalau bekas besar, lebihkan jumlah cream cheese ni.

- Bancuh serbuk kopi dengan air panas. Biarkan sejuk. Yang ni korang bancuh awal-awal pun takpe sementara nak putar cream cheese tadi sempat air kopi tu sejuk.

- Okay mase nak melapis kek. Mula-mula susun kek yang korang potong-potong tadi dalam bekas. Susun bagi penuh ye, buat selapis. Air kopi tadi curahkan atas kek tapi bagi dia lembap je ye bukan curah sampai bertakung kopi tu. Hihi

- Lepas tu lapiskan dengan adunan cream cheese. Ni ikutlah kalau suka cheese letak la lebih, ada orang suka lapis nipis je. Tapi lagi banyak lagi sedap tau. Dah lapis cream cheese cantik-cantik then taburkan serbuk koko. Ni jangan banyak sangat nanti pahit pulak.

- Ulang langkah ni sampai habis. Then masukkan dalam peti ais, bahagian bawah ye jangan bahagian freezer pulak. Biarkan sejuk sebelum makan sebab makan sejuk-sejuk lagi sedap.

So korang dah boleh buat sendiri tiramisu ni kat rumah. Nak banyak ke sikit ke terpulang. Lagipun jimat kalau buat sendiri. Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Tiramisu Express"

Post a Comment