Resipi Ayam Kukus Halia

Resipi Ayam Kukus HaliaSekali sekala buat ayam kukus halia pun sedap kan. Selalu ikan je kukus halia sekarang kita tukar ayam pulak. Jom cuba resipi ni.


Bahan-bahan

- 1/2 ekor ayam
- 2 inci halia
- 2 sudu makan sos plum
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
- 5 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 2 sudu kecil lada hitam
- 1 inci halia

Cara-cara
- Hiriskan halia. Campurkan bersama bahan tumbuk, sos, serbuk pati ayam dan garam. Gaul sebati.
- Bahan yang digaul tadi lumurkan pada ayam.
- Masukkan ayam ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit. Siap!

Halia sangat baik untuk membuang angin dalam badan. Badan pun akan rasa ringan je. Kalau nak gunakan ayam kampung pun boleh takde masalah. Ia dapat membantu memulihkan tenaga dan memberikan kesihatan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resipi Ayam Kukus Halia"

Post a Comment