Resipi Buah Masam Manis

Resipi Buah Masam Manis. Siapa yang craving nak makan yang masam-masam, rasa pedas sikit but still nak rasa buah. Okay jom buat sendiri. Ni memang paling simple sekali nak buat. Orang malas pun boleh buat tau. Hihi


Bahan-bahan Untuk Resepi
- 2 biji epal merah
- 2 biji epal hijau
- Buah anggur
- Beberapa biji asam boi
- 1 sudu makan serbuk asam boi
- 3 biji cili
- Garam secukup rasa

Cara-cara
- Hiris buah epal tadi nipis-nipis. Nak tebal pun boleh tapi kalau nipis lagi ngam dengan rasa masam pedas tu. Anggur ni nak potong pun boleh tak payah pun takpe.

- Sebelum tu pastikan buah ni korang basuh dulu ye, kebersihan harus dijaga okay.

- Cili tu pun korang potong ikut saiz yang korang suka. Kalau rajin hiris jelah nipis-nipis. Yang penting kita nak rasa pedas die tu. Cili ni pun kalau korang memang suka pedas berapi, tambah ler lagi. Takde masalah pun.

- Ambil satu bekas bertutup, nak senang pakai tupperware je. Campur semua bahan-bahan tadi. Gaul sekali buah, cili, asam boi, serbuk asam boi dan garam.

- Nak senang masuk je semua dalam tupperware, tutup dan goncang jelah bekas tu asal semua bahan sebati. Tak payah campur air pun takpe sebab buah-buahan tu nanti akan mengeluarkan air. So rasa die just nice.

- Lepas dah gaul sebati tu korang rasa lah kot terkurang apa-apa. Tapi selalunya rasa dia dah cukup sedap. Then masuk kan dalam peti ais bagi sejuk sebab buah ni makan sejuk-sejuk memang awesome.

Actually buah tu ikut korang la nak letak buah apa terpulang. Paling simple guna je epal tu pun dah sedap. Buah ni korang buat stok mengunyah time tengok tv pun memang takkan perasan tengok-tengok dah habis. Kalau ada majlis jamuan pun sesuai sangat hidangkan buah-buahan ni, memang sedap. Korang try okay!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resipi Buah Masam Manis"

Post a Comment