Resipi Ikan Bilis Lada Hitam

Resipi Ikan Bilis Lada HitamMakan lauk simple pun dah cukup asalkan kenyang. Ikan bilis ni makan dengan nasi panas memang puas hati. Selalu ikan bilis goreng dengan bawang je kan, kali ni kita masak lada hitam. Jom tengok resepi.


Bahan-bahan

- 1 cawan ikan bilis
- 1 keping asam gelugor
- 1 biji bawang holland
- 2 batang serai
- 1/3 cawan air
- 1/2 sudu makan pati ikan bilis

Bahan tumbuk
- 1 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 2 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

- Ikan bilis tadi disangai. Nak goreng pun boleh tapi kalau untuk berpantang, ikan bilis tu disangai je.
- Serai dan bawang besar dihiris.
- Dalam satu periuk kecil, satukan bahan tumbuk, asam gelugor, bawang, air dan pati ikan bilis. Masak sampai air mendidih then biarkan air kering sedikit.
- Last sekali masukkan serai dan ikan bilis yang dah disangai. Bolehlah dihidang.

Makan dengan nasi putih pun dah berselera sangat. Selamat mencuba.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resipi Ikan Bilis Lada Hitam"

Post a Comment