Resipi Kerabu Kacang Botol

Resipi Kerabu Kacang BotolSiapa suka makan kerabu memang kena try resipi ni. Resipi yang simple tapi dapat menambah selera korang dalam setiap hidangan. Bagi yang memang selera kampung boleh cuba resipi ni okay.


Bahan-bahan

- 5 batang kacang botol
- 1 kuntum bunga kantan
- 5 sudu makan kelapa parut
- 3 biji limau kasturi
- Beberapa ekor ikan bilis
- 2 ulas bawang merah
- 3 biji cili

Cara-cara

- Potong kacang botol mengikut saiz yang korang suka. Nak senang hiris serong je tapi jangan nipis sangat.
- Bunga kantan tadi hiris kasar jugak.
- Bawang, cili dan ikan bilis digoreng sekejap dan ditumbuk.
- Campur semua bahan dan gaul sebati.
- Perahkan limau kasturi pada bahan tadi. Siap untuk dihidangkan.

Sedap sangat kalau makan dengan ikan singgang. Menu yang simple dan sihat!


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resipi Kerabu Kacang Botol"

Post a Comment