Resipi Maggi Goreng Kari Sedap dan Terbaik

Resipi Maggi Goreng Kari Sedap dan TerbaikSelalu makan maggi kari berkuah je kan. Sekali sekala makan maggi goreng kari pun sedap jugak. Lagi-lagi makan waktu petang time hujan lebat. Kopi panas secawan, memang best sangat. Nak buat maggi goreng ni ikut kreativiti sendiri je sebenarnya, tapi kalau korang memang takde idea langsung, okay jom tengok resipi.


Bahan-bahan

- 2 ulas bawang merah
- Isi ayam
- 2 batang sawi
- Sepeket maggi kari
- Minyak untuk menumis
- 3 biji cili

Cara-cara

- Rendam maggi dalam air panas. Nak rebus pun boleh kalau nak cepat. Tapi jangan biar maggi kembang sangat sebab nanti nak goreng pulak. Agak-agak maggi dah lembut boleh terus angkat dan tos kan. Nak elakkan maggi melekat, masa rendam atau rebus tu campurkan sikit minyak dalam air.

- Sementara tunggu maggi lembut, tumbuk bawang merah bersama cili. Kalau nak hiris pun takpe. Tapi kalau tumbuk lagi sedap.

- Panaskan minyak untuk menumis. Minyak dah panas, tumis bawang yang ditumbuk tadi. Tumis sampai naik bau, then masukkan isi ayam. Isi ayam ni ikut lah selera korang kalau suka ayam letak je banyak mana pun.

- Agak-agak ayam dah masak terus masukkan maggi yang dah di toskan tadi. Kacau dan masukkan perencah kari pulak.

- Perencah kari dalam bungkusan maggi tu kita akan letak separuh je dulu. Jangan letak semua nanti terlebih masin. Kacau sampai sebati then masukkan sayur sawi.

- Kalau rasa tawar boleh tambah lagi sikit perencah kari tu, ikut citarasa korang.

- Dah siap masak, masukkan dalam pinggan. Kalau rajin korang boleh goreng telur letak atas maggi tadi dan taburkan bawang goreng.

Tadaaa simple je kan. Kena try tau sebab maggi goreng kari memang sedap sangat!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resipi Maggi Goreng Kari Sedap dan Terbaik "

Post a Comment