Resipi Nasi Goreng Tomyam Sedap

Resipi Nasi Goreng Tomyam SedapBagi yang suka makan nasi goreng mesti lagi sedap kalau buat sendiri kan. Sebab macam-macam jenis lauk kita boleh masukkan. Baru puas hati makan. Nak makan bertambah pun tak kisah. So jom kita cuba buat nasi goreng tomyam.


Bahan-bahan

- 1 pinggan nasi putih
- Sebiji bawang holland
- 3 biji cili
- Setengah kiub pati tomyam
- Beberapa helai daun limau purut
- Udang dan sotong (terpulang lauk apa yang korang nak. Isi ayam pun boleh, potong kecil-kecil)
- Sayur lobak
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis

Cara-cara

- Bawang holland tadi korang hiris supaya senang ditumbuk, bawang ni tumbuk sekali dengan kiub tomyam. Agak-agak bagi die hancur, tak payah lumat sangat pun takpe.

- Hiris kasar cili tadi, kalau suka pedas boleh tambah lagi beberapa biji.

- Potong lobak ikut saiz yang korang suka, jangan tebal sangat nanti die lambat masak.

- Panaskan minyak untuk menumis. Bila minyak dah panas, tumis bahan yang dah ditumbuk tadi. Masukkan cili sekali. Agak-agak dah naik bau, masukkan udang dan sotong. Ni terpulang la lauk apa yang korang nak masukkan, tak kisah. Kalau tak makan seafood boleh masuk isi ayam.

- Then masukkan lobak yang dah dipotong tadi dan daun limau purut, api jangan kuat sangat nanti bahan tumis tadi hangit pulak. Bila lauk dan lobak tadi dah gaul sebati, masukkan nasi putih.

- Nasi putih ni korang boleh guna lebihan nasi yang semalam. Nasi ni sebaiknya dibiar sejuk dalam peti semalaman. Kalau korang nak buat nasi goreng waktu pagi, malam sebelumnya tu dah prepare nasi putih ni siap-siap. Sebab apa kena masuk peti pulak? Tak masuk peti pun takpe tapi nasi sejuk ni bila digoreng nampak cantik je sebiji-sebiji. Tak melekat la kiranya.

- Gaul sebati nasi tadi, kalau kurang masin boleh tambah garam. Sesetengah orang akan masukkan garam dulu sebelum masukkan nasi. Terpulang pada cara masing-masing. Asalkan rasa dia cukup semua okay.

Dah masak, letak atas pinggan. Hias cantik-cantik, nak makan pun semangat kan. Hihi. Selamat mencuba!

0 comment... add one now