Resipi Pavlova Bicarakata

Resipi PavlovaBagi yang suka makan pavlova tapi susah nak dapatkan apa kata korang buat sendiri. Buat sendiri lagi puas hati tau sebab korang boleh makan sebanyak mana pun. Tapi ingat, pavlova ni manis tau, ambillah dalam kadar yang sepatutnya. Nanti makan manis banyak sangat dapat penyakit lain pulak kan. Jom tengok resipi.


Bahan-bahan

- 1 cawa gula halus
- 1 susu kecil esen vanila
- 1 sudu makan cuka epal
- 1 sudu makan tepung jagung
- 3 biji telur (ambil putih telur sahaja)
- 250 gram whipping cream
- Hirisan buah-buahan (terpulanglah nak letak buah apa, selalunya orang letak buah starberry dan kiwi)

Cara-cara

- Untuk pavlova, putarkan putih telur dengan gula sampai kental. Kemudian tambah esen vanila. Putar lagi dan tambahkan cuka serta tepung jagung. Putar sampai adunan jadi bertanduk ye. Erti kata lain, bila korang terbalikkan bekas, adunan tak jatuh.

- Panaskan oven pada suhu 130 celcius. Lapik baking paper atas loyang dan bentuk kan adunan atas baking paper. Bakar selama 1 jam. Yang ni korang kena faham kerenah oven masing-masing, ada oven yang cepat panas ada yang lambat.

- Untuk adunan krim, putarkan whipping cream sehingga kental. Masukkan dalam peti dan sejukkan.

- Pavlova yang dah dibakar tadi dibiarkan sejuk. Letakkan adunan krim pada pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan yang dihiris tadi.

Selama mencuba!

0 comment... add one now