Resipi Tauhu Berinti

Resipi Tauhu BerintiSiapa suka makan tauhu mungkin boleh pelbagai kan cara hidangan tauhu ni. Macam-macam jenis masakan yang kita boleh olah antaranya tauhu berinti macam ni. Jom cuba.



Bahan-bahan

- 4 biji tauhu
- 2 sudu makan isi jagung
- 1 batang lobak merah (parut)
- 5 batang kacang buncis (potong kecil)
- Sedikit isi ayam
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
- Sedikit tepung gandum

Cara-cara

- Potong bahagian tengah tauhu dan ketepikan.
- Tumis semua bahan dengan memasukkannya satu persatu. Tumis sehingga semua bahan masak dan sebati. Guna minyak sikit je ye jangan banyak sangat.
- Bahan-bahan tumis tadi sumbat kan ke dalam tauhu.
- Bancuh tepung gandum dengan sedikit air. Agak-agak cukup untuk salut tauhu.
- Salut tauhu sumbat tadi dengan bancuhan tepung dan goreng hingga garing.

Tauhu berinti ni sedap cicah dengan sos cili thai. Sekali sekala buat menu untuk minum petang macam ni apa salahnya kan.

0 comment... add one now