Roti Bakar Sandwich Sedap

Roti Bakar Sandwich SedapSelalu share resepi makan tengahari je kan, kali ni kita share menu sarapan pulak. Nak buat menu untuk minum petang pun boleh jugak. Ikut tekak korang la nak makan pagi ke petang hihi.

Bahan-bahan

- 4 keping roti putih (roti keping biasa tu lah)
- 2 keping keju cheddar
- 2 helai daun salad
- 2 keping tomato
- Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara

- Panaskan oven pada suhu 180 celcius. Bakar 4 keping roti tadi dalam 5-7 minit. Dah nampak roti bertukar perang tu keluarkan.
- Letak keju cheddar pada 2 keping roti. Taburkan serbuk lada hitam pada cheese.
- Then masukkan semula dalam oven, biarkan cheese cair sikit and keluarkan.
- Letakkan salad dan hirisan tomato pada kedua-dua keping roti. Tekapkan lagi dua keping roti bakar, potong serong setiap satu roti tu. Siap!

Roti bakar ni sedap minum dengan kopi o panas. Jangan lupa cuba okay.

0 comment... add one now