Salad Buah-Buahan Simple

Salad Buah-Buahan SimpleMana yang nak diet, takpun mana yang susah sangat nak makan buah meh kita buat salad buah. Hias cantik-cantik bagi korang berselera makan. Buah baik untuk kesihatan tau, kulit pun jadi cantik je. Hihi


Bahan-bahan

- 3 biji strawberry
- 1 biji oren sunkist
- 1 biji epal
- 1 biji kiwi
- 1 sudu makan jus ribena
- 1 tangkai daun pudina

Cara-cara

- Potong strawberi kepada 4, buah oren ambil isi je okay then potong kecil. Kiwi dan epal potong dadu.
- Ambil mangkuk kecil dan satukan semua bahan.
- Masukkan dalam peti sejuk sebelum makan.

Salad ni selain baik untuk kesihatan, daun pudina tu dapat mengurangkan stress tau. Jadi rajin-rajinkan diri makan buah.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Salad Buah-Buahan Simple"

Post a Comment