Senarai Pemain Bola sepak Malaysia Sukan SEA 2017

Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Sukan SEA 2017. Ramai peminat lega dan bersyukur kerana Skuad bola sepak sukan SEA 2017 memperolehi kemenangan dalam perlawanan mereka. Berikut senarai akhir 20 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi membarisi skuad Projek Sukan SEA 2017 menghadapi saingan acara bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos 2017.

Gambar :FAM




Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Sukan SEA 2017 (Skuad B22 Tahun)

Berikut adalah dikongsikan senarai akhir 20 pemain skuad Sukan SEA Malaysia yang memaparkan nama pemain, posisi, umur dan pasukan.

PENJAGA GOL
Ifwat Akmal Che Kassim : 21 Tahun (Kedah)
Haziq Nadzli : 19 Tahun (JDT)

PERTAHANAN
Ariff Farhan Md Isa : 21 Tahun (Kedah)
Adib Zainuddin : 22 Tahun (Felcra FC)
Adam Nor Azlin : 21 Tahun (Selangor)
Irfan Zakaria : 22 Tahun (KL)
Syazwan Zaipol Bahari : 22 Tahun (PKNP FC)

TENGAH
Amirul Hisyam Awang Kechik : 22 Tahun (Kedah)
Syamer Kutty Abba : 20 Tahun (Penang)
Nor Azam Abdul Azih : 22 Tahun (Pahang)
Daniel Amier Norhisham : 20 Tahun (Felda United)

SAYAP
Syahmi Safari : 19 Tahun (Selangor)
Matthew Davies : 22 Tahun (Pahang)
Syazwan Andik Ishak : 21 Tahun (JDT II)

PENYERANG
Jafri Firdaus Chew : 20 Tahun (Pulau Pinang)
Syafiq Ahmad : 22 Tahun (Kedah)
Akhyar Rashid : 18 Tahun (Kedah)
N Thanabalan : 22 Tahun (Felcra FC)
Safawi Rasid : 20 Tahun (JDT)
S Kumaahran : 21 Tahun (Penang)

Pemain Yang Digugurkan
Lapan pemain bola sepak lelaki bawah 22 tahun (B-22) yang digugurkan daripada senarai 28 pemain adalah seperti berikut :-
Amierul Hakimi Awang
Raphi Azizan Mariappen
Danial Ashraf Abdullah
Sean Eugene Selvaraj
Dominic Tan
Tommy Mawat Bada
Ahmad Azriddin Rosli
Ahmad Khairil Anuar Zamri.

Menurut FAM

"Empat pemain daripada skuad ke Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Bangkok, Thailand, bulan lalu telah digugurkan Kim Swee untuk senarai akhir ke Sukan SEA 2017 ini iaitu penjaga gol Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers),  Danial Ashraf Abdullah (Kelantan) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan).

Sebagai ganti Kim Swee telah menyenaraikan enam pemain baharu iaitu Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang), Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim) serta Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Turut digugurkan ialah empat lagi pemain iaitu Dominic Tan (Johor Darul Ta’zim), Tommy Mawat Bada (Sarawak), Ahmad Azriddin Rosli (Felda United) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).

Skuad B-22 kebangsaan bakal membuka kempen Kumpulan A berdepan Brunei pada 14 Ogos diikuti aksi bertemu Singapura (16 Ogos), Myanmar (21 Ogos) dan Laos (23 Ogos). Kesemua perlawanan berkenaan di Stadium Shah Alam, sepak mula jam 8.45 malam.

 Separuh akhir dijadual pada 26 Ogos manakala aksi final pada 29 Ogos."

Lihat Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2017


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Senarai Pemain Bola sepak Malaysia Sukan SEA 2017"

Post a Comment