Tarikh Semakan Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2017 Online Dan SMS.

Tarikh Semakan Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2017 Online Dan SMS. Keputusan Peperiksaan SPM Ulangan 2017 akan diumumkan pada hari Khamis bertarikh 24 Ogos 2017. Seramai 12,589 orang calon  telah mendaftar telah mendaftar untuk menduduki SPM Ulangan di 229 Pusat Peperiksaan di Seluruh Negara.

Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM Ulangan adalah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Semakan Keputusan SPMU 2017 Secara Online Dan SMS
Calon akan dimaklumkan keputusan melalui pos atau calon boleh mendapatkan keputusan mereka dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan Keputusan SPM Ulangan 2017 melalui MySMS 1588
Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan SPMU tahun 2017 dan cara - cara untuk membuat semakan

Tarikh Semakan SPMU 2017  - 24 Ogos (Khamis) bermula jam 1000 pagi sehingga 30 Ogos 2017.
Slip keputusan penuh SPM Ulangan 2017 - Slip calon pelajar akan diposkan ke alamat rumah calon, atau anda  boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat calon mendaftar peperiksaan SPMU

Semakan Keputusan SPMU Online
Link semakan akan dikongsikan dan dikemaskini pada masa akan datang.



Cara Semak Keputusan SPMU 2017 Melalui SMS
Calon SPMU 2017 boleh membuat semakan keputusan SPM Ulangan 2017
melalui kaedah SMS. Perkhidmatan mySMS akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi 24 Ogos dan berakhir pada 6:00 petang 30 Ogos 2017.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2017 melalui kaedah SMS:

  • Taipkan: SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888
  • Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888 




0 comment... add one now