Tips Menggunakan Maskara

Tips Menggunakan MaskaraMesti ada yang keliru kan, maskara jenis apa yang kita perlu pakai. Macam-macam jenis maskara ada di jual sekarang ni. Ada berus yang lurus ada juga berus yang jenis melengkung. So jenis apa yang sesuai nak dipakai. Cara penggunaan pun kena tahu tau. Ok jom tengok.


Kalau korang nak bulu mata nampak melentik, sebaiknya gunalah berus yang jenis melengkung. Bulu mata yang lentik memang nampak cantik dan menawan. Sesuai sangat untuk apa-apa event.

Untuk maskara yang berusnya lurus,maskara jenis ni sesuai untuk buat bulu mata nampak panjang. Selain tu, bulu mata juga nampak lebih lebat.

Maskara yang agak cair sesuai untuk korang yang mempunyai bulu mata yang pendek. Supaya bulu mata korang nampak lebih ringan.

Teknik pakai maskara juga perlu betul. Gerakkan maskara secara zig zag supaya maskara tak bergumpal. Pastikan dalam sekali sapuan je ye.

Maskara yang kalis air sangat sesuai kalau korang jenis wanita yang aktif. Sebab kalau berpeluh takde lah nampak comot.

Fokuskan pemakaian maskara pada bahagian atas sahaja. Kalau mata korang jenis kecil, boleh pakai bahagian bawah mata tapi jangan terlalu tebal.

Apapun terpulang pada korang bila nak pakai maskara ni. Sebaiknya beli yang berkualiti dan tahan lama. So boleh pakai selalu dan tak membazir.

0 comment... add one now