Tips Menghadapi Temuduga

Tips Menghadapi Temuduga


Mesti ramai yang rasa sesi temuduga lagi susah daripada jawab soalan exam kan? Kena fikir penampilan diri, bersedia dengan soalan yang akal ditanya. Tak cukup persediaan pun akna meyebabkan korang gagal dalam temuduga. Jom ikuti tips ini.

Latar belakang syarikat
Sebagai penyediaan, korang kaji dulu latar belakang syarikat. Ketahui visi dan misi syarikat. Korang kena tahu objektif dan sejarah penubuhan syarikat tu. Selain tu sediakan jawapan kenapa korang berminat dengan jawatan yang ditawarkan.

Resume
Pastikan korang sediakan resume untuk penemuduga dan untuk simpanan sendiri. Baca resume korang dengan sebaiknya supaya bila penemuduga tanya korang boleh jawab. Malu kan kalau penemuduga tanya pasal resume tapi korang sendiri tak boleh bagi jawapan yang baik. Sediakan sijil dan dokumen yang diperlukan supaya penemuduga nampak kesungguhan korang.

Penampilan yang kemas
Kalau korang ada bakat atau kebolehan yang tinggi sekalipun, penemuduga takkan oleh nampak melalui pakaian. Tapi penampilan yang kemas dan menarik akan memberi bonus yang lebih pada korang. Tak perlu pakaian yang mahal, cukup sekadar kemas dan nampak meyakinkan.

Cari lokasi syarikat lebih awal
Sehari sebelu temuduga pastikan korang dah tau lokasi syarikat. Kaji atau cari jalan yang dapt membantu korang sampai ke tempat temuduga dengan cepat. Alasan sesat tak bagus kalau korang nak dapatkan pandangan yang positif daripada penemuduga.

Sediakan soalan
Bukan penemuduga je yang akan bertanya. Kebiasaannya penemuduga juga akan memberi peluang pada korang untuk bertanya soalan. Jadi, sediakan soalan yang bersesuaian seperti perkembangan dan perubahan syarikat. Selain tu korang boleh tanya apa tugas atau skop kerja berkaitan jawatan yang ditawarkan.

Dengan tips ni mungkin boleh menambah keyakinan korang untuk menghadapi temuduga. Dengan persediaan yang awal, insyaallah temuduga akan berjalan dengan lancar. Buat sehabis baik, okay!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tips Menghadapi Temuduga"

Post a Comment