Tips Mudah Berbuka Puasa

Tips Mudah Berbuka Puasa. Sebelum ini kita telah bercerita mengenai tips atau panduan waktu bersahur. Sekarang kita bercerita tups mudah berbuka puasa.


Okay tadi kita dah tau tips bersahur. Jadi kita share pulak tips berbuka puasa. Masa berbuka kita tak boleh makan semua makanan yang teringin kat mata je ye. Pastikan makanan berbuka cukup untuk ganti tenaga lepas seharian berpuasa.

Minuman berais
Boleh ke minum air yang berais waktu berbuka? Boleh je tapi cuba elakkan. Kebiasaannya minuman berais akan buat perut rasa cepat kenyang. Jadi kalau korang ambil minuman berais secara berterusan, selera makan akan tersekat. Jadi bila berpuasa esoknya korang akan rasa cepat penat.

Ambil makanan manis
Makanan manis berfungsi mengganti tenaga yang hilang masa berpuasa. Sebab tu sunat untuk  berbuka dengan kurma. Makanan manis akan membuat badan lebih segar dan bertenaga. Selain tu ambil buah-buahan semasa berbuka juga bagus.

Again. Makan dengan perlahan
Bila rasa lapar memang kita terdorong untuk makan dengan laju. Tapi cuba untuk makan dengan perlahan sebab badan akan mempunyai masa untuk serap nutrisi. Bila makan dengan cepat, ia akan membuat kita makan dengan lebih banyak. So tak pelikkan kalau puasa pun badan boleh naik.

So apa lagi, sambil puasa pun boleh kurus tau. Yang penting amalkan pemakanan yang betul dan sihat.

0 comment... add one now