Tips Pemilihan Tudung

Tips Pemilihan Tudung

Ramai wanita yang pandai matching kan tudung dengan bajukan. Tapi ada tak yang rasa semua dah okay, tapi still nampak macam kusam dan tak menarik. Mungkin ada yang tak perasan, kadang warna atau corak yang korang pilih dah cantik tapi bagi pandangan orang lain tak sesuai. Jadi jom tengok tips pemilihan tudung untuk korang yang suka bergaya bila keluar.


Corak tudung
Tudung yang bercorak memang nampak cantik. Tapi pastikan ia sesuai dengan pakaian yang korang pakai. Kalau baju dah bercorak, apa kata pakai tudung kosong. Supaya korang tak nampak serabut dari kepala hingga badan. Kalau korang jenis yang suka pakai baju kosong, tudung perlulah sekurangnya ada dua tona warna. So korang takdelah nampak plain sangat. Selain tu pilih tudung yang sesuai dengan warna anak tudung yang korang pakai tau

Warna tudung
Siapa yang selalu beli baju dulu baru pilih tudung? Sebenarnya cara yang terbaik adalah korang kena pilih tudung yang berkenan dulu barulah pilih baju. Sebab tak semua baju yang korang suka tu senang untuk cari warna tudung yang sepadan. Pilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit. Setiap kali pilih tudung cuba letakkan pada dagu, kalau nampak berseri maksudnya sesuai la tu. Takpun minta lah pendapat kawan-kawan yang ikut shopping sekali tu kan.

Saiz tudung
Banyak saiz tudung yang dijual sekarang ni. Korang hanya perlu pilih je saiz apa yang sesuai. Kalau pakai tudung yang bersaiz bidang kecil, pastikan ia masih menutup aurat. Kalau rasa nak tudung berlilit apa kata pilih bidang yang besar sikit supaya lepas lilit tak nampak singkat. Bagi yang suka tudung bersaiz besar pastikan korang pandai untuk menggayakan tudung saiz ni. Sebab kalau tak digayakan dengan baik mungkin akan meyebabkan penampilan korang nampak berserabut. Apapun, pakailah tudung yang korang rasa selesa dan kemas.

Lepas ni korang boleh rasa lebih yakin dengan penampilan diri sendiri. Kadang memang perlu untuk bereksperimen dengan pilihan tudung. Tak perlu ikut trend sangat pun takpe asalkan tudung yang korang pakai sesuai dengan aktiviti seharian.

0 comment... add one now