Tips Untuk Tidur Awal

Tips Untuk Tidur Awal. Ada tak yang susah nak bangun pagi disebabkan tidur lewat malam? Jadi untuk bangun awal korang mesti lah ada waktu tidur yang cukup. So takdelah liat sangat nak bangun awal pagi. Jom baca tips untuk tidur awal.


Jangan ambil air berkafein pada waktu malam. Ini akan buat korang susah nak tidur sebab mata segar je memanjang. Jadi kalau tidur pun lewat macam mana nak bangun awalkan?

Kalau boleh elakkan daripada tengok tv sebelum masuk tidur. Sebab korang akan lebih cenderung untuk terus menonton. Ada sesetengah orang biar je tv terbuka dengan harapan akan cepat tertidur. Tapi sedar tak sedar sebenarnya korang tengok tv dah hampir tengah malam. Jadi tidur pun lewat.

Okay sebelum tidur pastikan korang dah set dalam kepala, esok kena bangun awal. Maksudnya korang kena ada target untuk bangun. Kena bagi motivasi sikit pada diri okay. Nak tulis pada kertas dan tampal pada dinding pun takpe asalkan korang bersemangat untuk bangun pagi.

Takpun apa kata korang reward diri sendiri. Kalau berjaya untuk bangun awal pagi, hadiahkan diri sendiri. Tak perlu mahal pun takpe asalkan korang akan makin bersemangat dan yakin pada diri. Sebenarnya bukan lah susah sangat pun nak bangun pagi, betul tak.

Bangun awal pagi banyak kelebihannya. Rezeki pun senang masuk, emosi pun stabil je. Jadi korang akan lebih ceria sepanjang hari.

0 comment... add one now