Tonton Video Rasmi Pejamkan Mata Malique Feat Dayang Nurfaizah

Tonton Video Rasmi Pejamkan Mata Malique Feat Dayang Nurfaizah. Lagu yang mendapat tempat di hati Peminat - peminat Malique dan Dayang Nurfaizah. Dalam Video Klip lagu Pejamkan Mata ini, ianya menampilkan Beto Kusyairy, Uqasha Senrose dan Johan As’ari. Paling menarik video Klip lagu ini dibuat dalam bas sahaja.


Sebelum itu jom kita hayati senikata dan lirik lagu Pejamkan Mata ini

Pejamkan Mata
(Malique)
sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang menghantui kepala
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
masyghul, runsing… jah

[Chorus: Dayang Nurfaizah]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu

(Malique)
aku terdengar suara itu lagi


dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
semoga afdal bertemu di astral
selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

[Chorus: Dayang]

(Malique)
(hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya)

(Dayang Nurfaizah)
kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu
walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir


[Chorus]

Sumber

Video Klip Rasmi Pejamkan Mata


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tonton Video Rasmi Pejamkan Mata Malique Feat Dayang Nurfaizah"

Post a Comment