10 Saluran Aduan Untuk membuat Aduan Yang Perlu Anda Tahu

10 Saluran Aduan Untuk membuat Aduan Yang Perlu Anda Tahu. Ada sesetengah masalah yang anda ingin tahu dan ingin membuat aduan tetapi tidak tahu bagaimana dan apa salurannya. Di Sini Kami ingin kongsikan kepada Anda 10 Saluran Aduan Untuk membuat Aduan Yang Perlu Anda Tahu. 

PERTUBUHAN KERAJAAN


1. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)


Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.
E-mail : aduans@ktak.gov.my 


2.  Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) 


Ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 TTPR dan menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.
Tel : 03-20947033

3. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Tel : 03-88825822

4. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

5. Biro Pengaduan Awam (BPA)


Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Tel : 03-88725777

6. E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)


Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my

7. Aduan Rumah Mesra Rakyat

Bagi anda yang ingin membuat aduan mengenai rumah mesra rakyat ataupun sebarang produk berkaitan SPNB boleh ke Laman Web Rasmi Sistem Maklumbalas SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD. Sistem Ini Adalah Sebahagian Daripada Usaha Berterusan SPNB untuk Terus Memperbaiki Mutu Perkhidmatan Dari Masa Ke Semasa.


PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)


8) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)


Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Tel : 03 7877 9000 

9) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.


10. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia



Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

E-mel : cau@seccom.com.my 

Semoga dengan 10 Saluran Aduan Untuk membuat Aduan Yang Perlu Anda Tahu akan memberi manfaat kepada semua pembaca Bicarakata.com

0 comment... add one now