3 Tempat Penginapan Menarik Di Melaka

3 Tempat Penginapan Menarik Di Melaka

Yang mana dah plan nak bercuti kat Melaka, ni 3 tempat menarik yang korang boleh cuba. Sebenarnya banyak lagi tempat penginapan yang best kat melaka,tapi kita share 3 tempat ni dulu okay.

THE HUT, SERKAM

Bagi yang nak menikmati suasana kampung, boleh cuba menginap kat sini. Bercuti satu family memang seronok sambil BBQ pada waktu malam. Sekali sekala keluar daripada kehidupan bandar apa salahnya kan.

Kat sini ada jugak disediakan basikal untuk disewa. So korang boleh berbasikal waktu pagi atau petang kat kawasan sekitar sambil menikmati keindahan kampung. Memang tak menyesal kalau korang bercuti kat sini. Anak-anak pun seronok boleh mandi swimming pool sama-sama.

Cubalah, mana tahu nak hilangkan stress bekerja boleh cuba bercuti kat sini eh. Jangan lupa hubungi no kat bawah ni untuk booking.

Lokasi : The Hut, KM 18 Kg Serkam Timur Melaka
Harga : RM 160- RM 200 (bergantung pada tarikh yang korang pilih)
Hubungi : 012 3202611








Kredit : Facebook The Hut Malaysia

MASBRO VILLAGE

Wahh cantik sangat unit rumah ni kan? Bentuk rumah segi tiga tu pun da nampak unik. View yang cantik, nak bercuti pun hati senang kan. Pada yang suka selfie tu tempat ni memang port yang best untuk korang. Setiap rumah ni ada fasiliti yang cukup kat dalamnya.

Keadaan rumah yang selesa, dining hall, tv, dapur semua ada. Seunit rumah ni ada dua tingkat, boleh muat 5-6 orang tau. Memang jimat. Yang bercuti dengan bff tu bolehlah cuba menginap kat sini. Kawasannya pun selamat so yang mana bercuti sesama perempuan tu tak usah risau. Korang boleh bercuti dengan riang hati.

Lokasi : Lot 291, Jalan Paya Rumput, BT 7 1/2 Paya Rumput, Melaka
Harga : RM 280/ unit
Hubungi : Mazlan : 013-3136872 / Suraya : 011-11732242





Kredit : Facebook Masbro Village

FANTACY HOTEL

Kenapa comel sangatttt. Fantacy Hotel ni memang comel habis, rasa sweet sangat bila menginap kat sini. Lagi best kalau bawak anak-anak sekali. Macam-macam design comel kat hotel ni tau.

Lokasi pun strategik, dekat dengan menara Taming Sari, Jongker Street, Mahkota Parade dan macam-macam lagi. Banyak jugak kemudahan yang ada, free parking, wifi, photo printing service. Terasa macam duduk dalam cerita fairytale pulak kan.

Lokasi : G8, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Melaka Raya,Melaka
Harga : Bermula RM 88/malam
Hubungi : 06-292 6028







Kredit : Facebook Fantacy Hotel

Banyak sebenarnya tempat yang menarik kat Melaka ni. Cuma kadang tak sempat nak lawat semua tempat, ye dak? Tak perlu pergi jauh pun untuk bercuti, asalkan dapat tenangkan fikiran dan luangkan masa dengan keluarga.

0 comment... add one now