Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Pada Hari Jumaat
Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Selain daripada rasa teruja menunggu hari minggu, pada hari jumaat juga kita digalakkan membuat amalan sunat. Ada tak yang tak tau amalan sunat hari jumaat? Ni kita share 5 amalan sunat yang korang boleh amalkan.
Memakai wangian
Pada hari jumaat sunat mandi, bersihkan diri, berwangian-wangian dan memakai pakaian terbaik. Barulah rasa semangat dan seronok buat amalan ibadah yang lain kan.
Membaca surah al-kahfi
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat”.
Riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi, dan al-Hakim
Memotong kuku
Potong kuku adalah salah satu cara membersihkan bahagian anggota badan. Jadi amalkan potong kuku pada hari jumaat ye.
Banyakkan selawat dan doa
Banyakkan selawat ke atas nabi dan berdoa. Hati yang banyak berzikir dan berselawat akan sentiasa tenang. Berdoa lah dengan khusyuk dan penuh yakin, Allah pasti makbulkan.
Pergi awal ke masjid untuk solat jumaat
Bagi lelaki, digalakkan pergi awal ke masjid. Pergi sebelum khutbah dan duduk di kalangan ahli masjid.
Mudahkan untuk tambah pahala? Selamat beramal.
Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Pada Hari Jumaat
Nurul ain0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →