Bacaan Doa Akhir dan awal Tahun Hijrah 1439 Dalam Rumi

Bacaan Doa Akhir dan awal Tahun Hijrah 1439 Dalam Rumi. Di Malaysia Tarikh Awal Muharram 1439 Hijrah pada (Awal Muharram/ Maal Hijriah) adalah bersamaan tarikh 22 Septeagmber 2017 Masihi. Awal Muharram disambut sebagai hari kebesaran bagi Umat Islam.

Umum mengetahui bahawa Hijrah difahami sebagai Perpindahan Nabi Muhammad ke Kota Madinah. 

Bersempena dengan Maal Hijrah ini terdapat umat Islam yang ingin membaca doa akhir dan awal tahun. Berikut kami sertakan doa akhir dan awal tahun hijrah serta penerangan waktu untuk mula membaca doa tersebut. 

Doa Akhir Tahun 1438H
Doa akhir tahun (1438H) ini dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah 1438 Hijrah bersamaan 21 September 2017 Masihi (Khamis)

Berikut adalah doa Akhir Tahun.

Bacaan Dalam Bahasa Arab



Bacaan Dalam Rumi


Ertinya:-
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.

Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun 1439H
Doa awal tahun (1439H) dibaca selepas menyempurnakan solat fardhu Maghrib pada 30 Zulhijjah 1438 bersamaan 21 September 2017 (malam 1 Muharram 1439H)

Rujukan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib

Doa Awal Tahun



Doa Awal Tahun Dalam Rumi

Ertinya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.


Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.

Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

0 comment... add one now