Bisik Pada Langit Filem Wajib Tonton

Bisik Pada Langit-Filem Wajib Tonton. Buat Peminat - peminat Filem Melayu. Filem Bisik Pada Langit ini adalah filem wajib tonton untuk ada menghayati filem ini

"Ya Allah.. Jadikanlah jiwa puteriku ini sekental jiwa Siti Hajar ketika terdampar di padang pasir yang tandus ”


Pada 21 September yang lalu, Astro Shaw tampil dengan Filem berjudul Bisik Pada Langit. Filem yang mendapat pujian ramai ini dibintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat sebagai tunggak utama seperti Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy dan Fadilah Mansor. Bisik Pada Langit mengangkat kisah kekeluargaan sebagai plot utama dan diapit pula dengan aspek ketulusan sebuah persahabatan, cinta dan ketentuan takdir yang telah tersurat.


Filem berdurasi 1 jam 24 minit arahan Kabir Bhatia ini berkisarkan tentang keluarga Rosli (Jalil Hamid), seorang bapa yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya dan sanggup menunaikan segala kehendak permata hatinya ini. Siti Hajar (Ummi Nazeera) adalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga Rosli. Zaidi (Beto Kusyairi) selaku abang dan adiknya, Iqram (Naim Daniel) turut perlu berkorban untuk memastikan Hajar dapat melanjutkan pelajarannya ke Perth Australia.

Keadaan berubah apabila Hajar terlibat di dalam kemalangan dan Rosli mahu melawat anaknya di sana. Namun niatnya telah menimbulkan tentangan daripada ahli keluarga lain kerana mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi. Tanpa Rosli sedari, niatnya telah menjadi punca kepada pergaduhan mereka sekeluarga. Adakah Rosli sempat menemui Hajar? Atau segalanya terlewat untuk Rosli sekeluarga.

Trailer Filem Bisik Pada Langit



Trailer Bisik Pada Langit #2

Filem ini juga mendapat review yang baik daripada penonton.

‘Best cite ni smpi menangis tgk...sedih sgt2...byk pengajaran terutama kpd yg bergelar bapa…’ - Zuleda Sani

‘Mmg best sgt2..meleleh2 airmata..’ - Asma Marcello

‘dah tgk semalam . tak henti2 nangis . penuh dgn emosi cite ni . real life .’ - Eja Khadijah

Disini juga kami sertakan lirik lagu OST bagi filem Bisik Pada Langit ini.

Lygophobia (Akim & The Majistret)
Nada berjalan, mencari si irama
Menyatu di dalam siulan, dipaksi
Muka ke alam, pandanglah ke diri
Betapa kerdilnya manusia, di bumi

Langit limpah hujan, sembuhkan luka
Angin tiup awan, terangkan dunia

Bulan bicara, kaburkan penglihatan
Meraba-raba dan mencari, si dia
Matahari, terbitlah di timur
Menyuluh ke segenap gelap, di hati

Inginku terbang ke angkasa

Langit limpah hujan, sembuhkan luka
Angin tiup awan, terangkan dunia

Inginku terbang ke angkasa

Langit limpah hujan, sembuhkan luka
Angin tiup awan, terangkan dunia

Langit limpah hujan, sembuhkan luka
Angin tiup awan, terangkan dunia

Lagu: Laq
Lirik: Hang Nadim

Video Lagu Lygophobia (Akim & The Majistret)


Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton Filem Bisik Pada Langit di pawagam - pawagam berhampiran anda.

0 comment... add one now