Doa Iftitah Dalam Rumi dan Maksudnya

Doa Iftitah Dalam Rumi dan Maksudnya. Ketika mendirikan solat, ada beberapa doa dan surah yang harus kita baca. Salah satunya adalah doa iftitah. Doa iftitah ini kita baca selepas takbiraktul ihram, hal ini berlaku pada solat sunnah mahupun solat fardhu.

Hukum membaca doa Iftitah dalam solat adalah sunat. Namun begitu kita digalakkan untuk membaca doa Iftitah kerana di dalamnya terkandung kalimah dan akujanji setia kita kepada Allah sebelum menyerahkan diri kepadaNya ketika bersolat.

Bacaan Doa Iftitah


Bacaan Doa Iftitah dalam Rumi
Allaahu Akbaru kabiiraw-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Innii wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiina.

Maksud Doa Iftitah
ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam

Semoga dengan perkongsian doa Iftitah dalam rumi beserta maksudnya akan memberi manfaat kepada semua.

0 comment... add one now