Doa Mendapatkan Jodoh Untuk Perempuan dan Lelaki dalam Rumi Berserta Maksud

Doa Mendapatkan Jodoh dalam Rumi Berserta Maksud

Selepas solat sebaiknya kita duduk beristighfar dan membaca doa dengan penuh rasa kehambaan. Berdoa ni tanda kita bersyukur tau. Orang yang tak berdoa dikira sombong dengan Allah. Bila kita down atau sedih, berdoalah untuk mengadu. Allah sentiasa mendengar doa hambaNya. Disini kami kongsikan doa mendekatkan dan mendapatkan jodoh yang baik yang boleh korang amalkan.



Doa dalam rumi
‘Rabbi hablii milladunka zaujaan taiyibaan akhtubuha wa atazauwaju bihi wayakuunu soohibaan liifiddunniaa wal aakhirah’

Maksud
Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisiMu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, dunia dan akhirat


Doa dalam rumi
‘Rabbi hablii milladunka zaujatan taiyibatan akhtubuha wa atazauwaju biha watakuunu soohibatan liifiddunniaa wal aakhirah’

Maksud
Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisiMu, isteri yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, dunia dan akhirat

Bagi yang belum nampak bayang jodoh korang tu jangan putus asa. Jodoh dan rezeki Allah akan bagi pada masa yang tepat, so jangan putus asa berdoa okay. - Nurul Ain

0 comment... add one now