Doa Nabi Yunus dalam Rumi Berserta Maksud

Doa Nabi Yunus dalam Rumi Berserta Maksud

Doa Nabi Yunus sangat mudah dan senang untuk diamalkan. Jika kita mempunyai masalah ataupun ditimpa musibah, amalkan lah membaca doa ni. Bagi hati yang keluh kesah dan kecewa, rajin-rajinlah berzikir dan membaca doa ni. Sambil-sambil bekerja baca dalam hati pun boleh. InshaAllah hati akan sentiasa tenang.

Percayalah, bila kita selalu amalkan zikir dan doa tanpa henti, hati akan rasa lapang walau sebesar mana pun masalah yang ada. Allah sentiasa ada untuk orang yang sabar tau.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”



Doa Nabi Yunus dalam Rumi
‘Laailahailla anta subhaanaka innii kuntu minadzoolimiin’

Maksud
Sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau Ya Allah. Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku). Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Jom sama-sama amalkan. Semoga bermanfaat.

0 comment... add one now