Doa Sebelum Tidur dan Selepas Tidur Dalam Rumi

Doa Sebelum Tidur dan Selepas Tidur Dalam Rumi. Buat Anda yang ingin mengetahui Doa Sebelum tidur dan doa selepas tidur di sini kami sediakan doanya dalam bahasa Arab, rumi dan juga maksudnya dalam Bahasa Melayu. Semoga dengan perkongsian Doa sebelum tidur dan selepas tidur ini akan memberi manfaat kepada semua.


Doa ini juga merupakan salah satu doa harian yang sangat popular dan semua ibu bapa  pasti sudah mengajarkan doa ini kepada anak-anaknya sejak masih kecil.

Berikut lafaz doa sebelum tidur.


بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ
Dalam Bahasa Rumi
BISMIKAL LAAHUMMA AHYAA WA AMUUTU

Ertinya: Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan aku mati.

Dengan membaca doa di atas waktu sebelum tidur, semoga Allah SWT s melindungi dan menjaga tidur kita hingga terbitnya fajar. Dan kemudian apabila bangun tidur, bacalah doa ketika bangun dari tidur berikut

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Dalam Bahasa Rumi
AL HAMDU LILLAAHIL LADZII AHYAANAA BA'DA MAA AMAA TANAA WA ILAIHIN NUSYUUR

 Ertinya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan

Diharap dengan perkongsian Doa Sebelum Tidur dan Selepas Tidur Dalam Rumi ini dapat memberi manfaat kepada semua.

0 comment... add one now